Salam. Berjumpa lagi kita di entri yang kedua. Sedang saya keseorangan di bilik bercahayakan lampu kalimantang yang cerah serta berdendangkan alunan muzik yang kedengaran di radio, tiba-tiba saya teringat akan arahan daripada pensyarah PM Dr Mawar Shafei iaitu memilih sebuah lagu yang boleh dijadikan semangat dalam penulisan blog ini. Oleh itu, saya amat tertarik untuk memilih lagu GEMURUH nyanyian penyanyi kegemaran saya iaitu FAIZAL TAHIR. Entah mengapa, kali pertama lagu ini didendangkan, saya terus jatuh hati dan terus meminati kesemua lagu nyanyiannya. Secara kebetulan, lagu ini juga dijadikan sebagai lagu tema semasa minggu orientasi saya ketika Tahun Pertama di UKM. Semoga dengan pemilihan lagu ini, saya terus bersemangat dalam penulisan blog dan apa jua perkara yang akan dilakukan pada masa akan datang.
Yakin Boleh !!!
Yakin Boleh !!!

No comments:
Post a Comment