
Walaupun agak terlambat tetapi saya berasa terpanggil untuk menulis entri bagi mengisi kekosongan blog yang baru diwujudkan ini. Pada hari Isnin yang lepas, selesai menghadiri kuliah yang diberikan oleh PM Dr Misran Rokimin berkenaan subjek Penulisan Kreatif, saya bersama seorang teman terus menuju ke perpustakaan. Tujuannya adalah untuk mencari sedikit bahan bacaan yang boleh membantu kami dalam proses penghasilan cerpen yang menarik memandangkan kami tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang penulisan ini. Setelah beberapa jam membelek bahan bacaan tersebut, saya telah memilih beberapa cerpen dan novel yang menarik hasil karya beberapa orang penulis terkenal seperti Othman Puteh, Habiburrahman El Shirazy dan juga karya terbitan Kaki Novel Enterprise. Semoga dengan adanya bahan bacaan ini, ia dapat membantu saya dalam membuahkan idea seterusnya menghasilkan karya yang menarik untuk tatapan pembaca. SEMOGA BERJAYA !!!
No comments:
Post a Comment