Friday, 6 May 2011

PERCUBAAN PERTAMA


Assalamualaikum. Entri ini merupakan entri pertama saya dalam penulisan blog. Sebenarnya keinginan untuk membuat blog telah lama bermula cuma memandangkan tiada cerita menarik yang ingin disampaikan membuatkan keinginan ini berlalu begitu sahaja sehinggalah saya memasuki kelas Penulisan Kreatif iaitu subjek pilihan bebas. Kelas pertama yang diajar oleh Dr Mawar Shafei ini tidak kurang menariknya apabila semua pelajar diminta untuk membuat blog dan pada akhirnya akan menghasilkan sebuah cerpen berdasarkan entri-entri yang telah dipaparkan di blog masing-masing. Kesempatan ini juga akan digunakan sepenuhnya oleh saya untuk mendalami pelbagai perkara berkaitan penulisan blog agar kelihatan menarik dan tidak membosankan pembaca yang membaca entri di dalamnya. Saya berharap, dengan adanya kursus seperti ini, saya berjaya menjadi seorang blogger yang kreatif dan sedikit sebanyak membantu saya untuk memahirkan diri dalam menguruskan blog.

2 comments:

  1. Sdr Fifyn,
    tahniah sudah punya blog.
    ternyata banyak yang boleh dibina makna baru daripada lagu yang dipilih. bina watak dan fikiran daripadanya. selamat menulis.

    ReplyDelete