Monday 6 June 2011

~SECEBIS BINGKISAN~

Rupanya Tuhan turunkan HUJAN...
untuk hadiahkan kita PELANGI...
dan semoga Tuhan kekalkan perkahwinan kita...
seperti warna-warna di pelangi itu...

Kata-kata tersebut merupakan antara kata-kata yang paling saya ingat dan kedengaran romantis ketika menonton sebuah drama televisyen yang agak popular kini. NORA ELENA. Sebuah drama televisyen yang diadaptasikan daripada sebuah novel iaitu KASIH YANG SUCI hasil cetusan idea seorang penulis novel popular iaitu MEEN ZULAIKHA. Lupakan sebentar dua baris terakhir kata-kata tersebut dan cuba kita hayati maksud di sebalik dua baris yang pertama itu. YA !! Tepat sekali bahawa Allah akan mengurniakan kita sebuah kegembiraan di sebalik kesedihan. Kesenangan di sebalik kepayahan. Kekayaan di sebalik kemiskinan. Kejayaan di sebalik kegagalan. Kita sebagai insan kerdil yang hanya menumpang sedikit nikmat di atas bumi ciptaan Nya perlu BERUSAHA dan SABAR dengan segala dugaan yang datang. Bukan MERUNGUT, MENGELUH malah BERPUTUS ASA sekali pun. Seharusnya kita pertingkatkan amal, teguhkan doa kerana sesungguhnya Allah amat merindui doa-doa hambanya yang beriman. Dan percayalah sesungguhnya ALLAH tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

Renung-renungkan dan Selamat Beramal !

No comments:

Post a Comment